HUXA untuk jurulatih
Jurulatih bukan sekadar melatih.
Anda membina atlet.
Rekod kehadiran dan jam melatih, nilai perkembangan setiap atlet, dan beri maklum balas yang ibu bapa boleh rujuk. Profil anda dan perjalanan atlet bersambung—untuk bola sepak, bola jaring, badminton, hoki, futsal dan olahraga.
- Profil
- Kelayakan
- Kelab
- Jadual
- Kehadiran
- Jam melatih
- Penilaian atlet
- Maklum balas
- Perkembangan
Satu ekosistem. Setiap orang ada paparan sendiri.
Daripada sesi latihan kepada perkembangan yang boleh dilihat.
Kehadiran menjawab “berapa kerap atlet berlatih”. Penilaian dan maklum balas pula menjawab “apa yang semakin baik, dan apa langkah seterusnya”—bukan sekadar siapa hadir.
- 01
Sesi & kehadiran
Jurulatih dan atlet merekod kehadiran pada sesi yang sama.
- 02
Penilaian individu
Jurulatih menilai perkembangan setiap atlet dalam pasukan kendaliannya.
- 03
Maklum balas
Kekuatan, perkara untuk diperbaiki dan fokus latihan seterusnya.
- 04
Journey atlet
Penilaian dan maklum balas yang diterbitkan boleh dirujuk oleh penjaga yang berkaitan.
Bersambung, bukan semua orang melihat semua perkara.
Jurulatih
Profil profesional, kelayakan, tugasan, kehadiran dan jam bertugas sendiri.
Atlet & ibu bapa
Profil setiap anak, rekod latihan, laporan penilaian dan maklum balas jurulatih.
Pengurusan kelab
Pasukan, jadual dan rekod operasi mengikut peranan serta skop yang dibenarkan.
Profil individu tidak bermaksud rekod peribadi terbuka kepada umum. Akses kekal mengikut hubungan penjaga, tugasan dan kebenaran.
Privasi mengikut hubungan dan peranan
Siapa boleh melihat setiap profil?
Bersambung bukan bermaksud terbuka kepada semua orang. Setiap paparan bergantung pada hubungan penjaga, tugasan pasukan dan skop pengurusan yang dibenarkan.
Leret jadual ke sisi untuk melihat semua profil.
| Siapa yang melihat | Profil atlet | Profil ibu bapa | Profil jurulatih | Profil kelab |
|---|---|---|---|---|
| Atlet | Profil sendiri, jika akaun dipautkan | Mengikut pautan akaun | Jurulatih pasukan berkaitan | Kelab disertai & profil awam |
| Ibu bapa / penjaga | Anak dengan pautan aktif | Profil sendiri | Jurulatih kelab atau pasukan anak | Kelab anak & profil awam |
| Jurulatih | Atlet mengikut tugasan & kebenaran | Maklumat asas penjaga berkaitan | Sendiri & profil awam jurulatih lain | Kelab berkaitan & profil awam |
| Pengurusan kelab | Mengikut peranan & kebenaran | Maklumat asas dalam direktori | Dengan kebenaran mengurus jurulatih | Profil kelab sendiri |
| Umum | Kad ID bertoken; termasuk tarikh lahir | Tidak dipaparkan | Profil tersenarai; bukan fail sijil | Profil kelab disahkan |
Peranan & modul: akses jurulatih dan pengurusan bergantung pada tugasan serta kebenaran setiap modul. Akses profil tidak memberi akses kewangan.
Paparan awam: Connect/Discover memerlukan log masuk. Dokumen peribadi, kehadiran, penilaian, maklum balas dan kewangan bukan kandungan profil awam.
Pautan kad ID yang sah memaparkan butiran pengenalan terhad, termasuk tarikh lahir—kongsi hanya dengan pihak yang dipercayai. Melihat tidak bermaksud boleh mengubah.
Kenapa HUXA?
Masalah sebenar jurulatih hari ini.
- Sijil & lesen tersimpan dalam telefon
- Reputasi bergantung “orang kenal orang”
- Susah cari kelab, kelab susah cari coach
- Banyak team, banyak kelab
- Attendance masih kertas & WhatsApp
- Beratus jam melatih tiada rekod
- Jadual coaching bertembung
- Perkembangan pemain hanya dalam kepala
- Coach jadi “customer service”
- Friendly & kejohanan tidak terurus
HUXA menyelesaikan semua ini dalam satu sistem.
Fokus untuk jurulatih
10 masalah. 10 penyelesaian.
Kelayakan ada, tapi tak membina identiti profesional
Masalah
Coach pergi kursus, ambil lesen, dapat sijil — kemudian simpan PDF dalam telefon atau Google Drive. Bertahun-tahun melatih, tetapi bila masuk kelab baharu: “Coach ada lesen apa?” Kena cari balik sijil.
HUXA selesaikan
Kelayakan disimpan dalam Profil Jurulatih, dengan proses pengesahan HUXA. Kelab hanya melihat status yang relevan tanpa dokumen sulit didedahkan sesuka hati.
Kelebihan jurulatih
Setiap kelayakan mula menjadi sebahagian daripada identiti profesional jurulatih.
Kesimpulan kuat
Kelayakan anda bukan sekadar sijil. Ia sebahagian daripada nilai profesional anda.
Reputasi coach bergantung pada “orang kenal orang”
Masalah
Coach bagus, pengalaman banyak, mungkin hebat dengan U8 atau specialist penjaga gol. Tetapi siapa yang tahu? Biasanya hanya melalui cadangan mulut ke mulut.
HUXA selesaikan
Profil jurulatih boleh membawa maklumat seperti pengalaman, falsafah coaching, pengkhususan dan kumpulan umur pilihan.
Kelebihan jurulatih
Coach mula mempunyai profil sukan profesional sendiri.
Kesimpulan kuat
Biar pengalaman anda bercakap — bukan sekadar siapa yang mengenali anda.
Coach susah cari kelab. Kelab pula susah cari coach.
Masalah
Coach mencari peluang melalui WhatsApp dan kenalan. Kelab pula bertanya “ada siapa kenal coach U10?” Kedua-duanya sebenarnya sedang mencari satu sama lain.
HUXA selesaikan
Coach boleh Discover kelab yang disahkan, lihat peluang dan mohon terus. Kelab pula boleh mencari dan menjemput jurulatih yang sesuai.
Kelebihan jurulatih
Lebih banyak peluang coaching tanpa bergantung sepenuhnya kepada rangkaian peribadi.
Kesimpulan kuat
Peluang coaching sepatutnya datang daripada kebolehan — bukan sekadar connection.
Satu coach, banyak team / banyak club
Masalah
Isnin → Academy A U10. Rabu → Club B U12. Hujung minggu → Academy A U8. Setiap tempat ada WhatsApp, jadual dan rekod berbeza.
HUXA selesaikan
Satu akaun jurulatih menghubungkan semua tugasan kelab dan pasukan, termasuk sejarah tugasan lepas.
Kelebihan jurulatih
Coach tidak perlu mempunyai “identiti berasingan” untuk setiap kelab.
Kesimpulan kuat
Satu jurulatih. Satu profil. Semua tugasan coaching anda.
Attendance masih kertas / WhatsApp
Masalah
Coach datang padang, tulis nama, tick satu-satu. Kemudian kertas hilang atau tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana sistem.
HUXA selesaikan
Coach mengambil kehadiran digital bagi setiap sesi latihan. Rekod disimpan dan dikunci sebagai bukti sesi.
Kelebihan jurulatih
Kurangkan kerja kertas dan pihak pengurusan merujuk rekod yang sama.
Kesimpulan kuat
Ambil attendance sekali. Rekodnya kekal.
Coach melatih beratus jam, tapi tiada rekod
Masalah
4 jam seminggu × 50 minggu × 5 tahun = 1,000 jam melatih. Tetapi CV cuma tulis “Coach U10 — 2021–2026”. Nilai sebenar pengalaman itu tidak nampak.
HUXA selesaikan
Jam latihan terkumpul daripada sesi sebenar — untuk pemain dan untuk jurulatih.
Kelebihan jurulatih
Coach mula membina bukti pengalaman, bukan sekadar tempoh masa.
Kesimpulan kuat
Jangan hanya kata anda berpengalaman. Bina rekod yang membuktikannya.
Jadual coach bertembung
Masalah
U8 training 8 pagi. U10 friendly 9 pagi. Kelab lain pula assign coach yang sama pada masa sama — atau padang sudah ditempah pasukan lain.
HUXA selesaikan
Kalendar dengan pengesanan konflik untuk jurulatih dan venue.
Kelebihan jurulatih
Masalah dikesan sebelum sampai hari latihan.
Kesimpulan kuat
Jangan tunggu konflik berlaku di padang. Kesan ketika jadual dibuat.
Perkembangan atlet hanya ada dalam kepala jurulatih
Masalah
Teknik semakin baik, disiplin bertambah, keyakinan mula terbina—tetapi tanpa penilaian individu, ibu bapa sukar melihat perubahan dan jurulatih sukar merujuk kemajuan lepas.
HUXA selesaikan
Pusat Penilaian Atlet menggabungkan penilaian berkala, maklum balas dan lencana. Jurulatih merekod kekuatan, perkara untuk diperbaiki dan fokus seterusnya; penjaga boleh merujuk laporan serta maklum balas yang diterbitkan.
Kelebihan jurulatih
Setiap atlet mempunyai rekod perkembangan sendiri, bukan satu komen umum untuk seluruh pasukan.
Kesimpulan kuat
Jangan hanya kata “anak semakin baik”. Tunjukkan kemajuannya, dan apa yang mahu dibina selepas ini.
Coach jadi “customer service” dalam WhatsApp
Masalah
“Coach esok training?” “Coach jersey warna apa?” “Coach Adam main tak?” “Coach location mana?” — dalam grup 80 ibu bapa, setiap minggu.
HUXA selesaikan
Acara + RSVP + notifikasi + komunikasi yang lebih tersusun, termasuk mesej dengan perlindungan untuk atlet bawah umur.
Kelebihan jurulatih
Maklumat operasi tidak perlu dijawab berulang kali secara manual.
Kesimpulan kuat
Kurangkan masa menjawab perkara berulang. Gunakan masa itu untuk coaching.
Coach bukan sekadar training
Masalah
Coach juga perlu cari friendly, atur perlawanan, masuk kejohanan, semak fixture, semak kedudukan dan tahu lawan seterusnya.
HUXA selesaikan
Permintaan perlawanan persahabatan dan pengurusan kejohanan — coach dan kelab urus friendly serta ikuti liga dalam ekosistem yang sama.
Kelebihan jurulatih
Aktiviti selepas latihan tidak terputus daripada operasi pasukan.
Kesimpulan kuat
Daripada sesi latihan kepada hari pertandingan — semuanya kekal connected.
Rumusan untuk jurulatih
HUXA membantu jurulatih:
BINA
Profil profesional
BUKTIKAN
Kelayakan & pengalaman
URUS
Pasukan dan jadual
REKOD
Kehadiran & jam melatih
BANGUNKAN
Penilaian & perjalanan atlet
BIMBING
Maklum balas individu
TEMUI
Kelab & peluang
Lebih sedikit kerja admin.
Lebih banyak masa membina atlet.
Harga jurulatih
Kelab pertama percuma.
Kelab pertama
PERCUMA
Coach boleh mempunyai beberapa pasukan dalam kelab yang sama tanpa caj tambahan.
Kelab aktif tambahan
RM10 / bulan
Dikira setiap kelab unik — bukan setiap pasukan.
Contoh: Coach Sofia
ABC United
RM0U8 + U10 + U12
Akademi ABC
+RM10U9 + U11
Kami tidak menghukum coach kerana memegang banyak pasukan dalam kelab yang sama. Caj hanya dikenakan apabila HUXA memberikan nilai tambahan melalui identiti profesional pelbagai kelab.
Bagaimana nak mula?
Empat langkah sahaja.
- 1Daftar sebagai Jurulatih
- 2Lengkapkan profil & kelayakan
- 3Sertai kelab melalui jemputan atau permohonan
- 4Mula coaching, attendance & rekod perkembangan
Jurulatih bukan sekadar orang yang berdiri di tepi padang.
- Mereka mengajar.
- Membetulkan.
- Memotivasikan.
- Membina disiplin.
- Melihat potensi sebelum orang lain melihatnya.
Tetapi terlalu banyak kerja seorang jurulatih tidak pernah direkodkan.
Bina pemain. Bina rekod. Bina reputasi.
- Kelab pertama percuma, kelab tambahan RM10/bulan
- Friendly, liga dan kejohanan dalam satu ekosistem
- Mobile-first & dwibahasa (BM / EN)