Untuk kelab dan akademi pelbagai sukan
Sistem pengurusan kelab sukan Malaysia
Satukan atlet, pasukan, jadual, kehadiran dan kutipan dalam satu tempat—supaya admin kurang mengejar mesej, jurulatih lebih fokus melatih dan ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anak.
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Badminton
- Hoki
- Futsal
- Olahraga
Percubaan 30 hari selepas kelab disahkan. Tiada kad diperlukan. Demo menggunakan data rekaan.
Hasil yang kelab mahu
Kurang kerja berulang. Lebih banyak kawalan dan keyakinan.
Admin lebih ringan
Masukkan maklumat sekali dan gunakan semula untuk pasukan, jadual, kehadiran serta laporan.
Kutipan lebih jelas
Invois, bukti bayaran, resit dan tunggakan berada dalam satu aliran yang mudah disemak.
Rekod atlet kekal bernilai
HUXA ID menyambungkan latihan, kehadiran dan pencapaian menjadi perjalanan yang tidak hilang.
Kenapa HUXA?
Kelab membesar. Kerja admin tidak sepatutnya turut membesar.
Jika maklumat yang sama perlu dicari, disalin dan disahkan dalam banyak tempat, HUXA membantu kelab menggantikannya dengan satu aliran kerja yang dikongsi oleh semua peranan.
- Rekod berselerak
- Kutipan yuran menyukarkan
- Kehadiran & jam latihan tiada bukti
- Jadual & venue bertembung
- Kelab masih tiada identiti profesional
- Perkembangan atlet tak terekam
- Kejohanan diurus guna kertas & grup
- Susah nak cari lawan untuk perlawanan persahabatan
- Risiko keselamatan kanak-kanak & penipuan
- Kos meningkat, admin bertambah
HUXA menyelesaikan semua ini dalam satu sistem.
Daripada masalah kepada hasil
Lihat bagaimana kerja harian kelab menjadi lebih teratur.
Setiap bahagian di bawah menghubungkan masalah yang biasa berlaku dengan tindakan sebenar dalam HUXA dan hasil yang boleh kelab gunakan.
Rekod berselerak
Masalah
Nama atlet, umur, kontak waris, sijil kelahiran bertaburan di WhatsApp, Excel dan buku nota. Data boleh hilang bila rosak atau tukar telefon.
HUXA selesaikan
Satu profil atlet kekal (HUXA ID) dengan semua maklumat dan dokumen dalam satu tempat, milik kelab dan keluarga.
Kesimpulan kuat
Data kelab jadi aset kelab, bukan data dalam telefon seseorang.
Kutipan yuran menyukarkan
Masalah
Ibu bapa bayar, hantar resit dalam grup, admin lupa rekod, hujung bulan tak tahu siapa tunggak.
HUXA selesaikan
Invois automatik, ibu bapa muat naik bukti, admin sahkan, resit keluar, laporan tunggakan masa nyata.
Kesimpulan kuat
Buka HUXA dan terus tahu siapa sudah bayar dan siapa masih tertunggak.
Kehadiran & jam latihan tiada bukti
Masalah
Ibu bapa tanya “anak saya latihan berapa kali bulan ini?” — tiada jawapan.
HUXA selesaikan
Rekod kehadiran setiap sesi, kiraan jam latihan, dan laporan yang boleh dikongsi.
Kesimpulan kuat
Apa yang berlaku di padang akhirnya menjadi data yang boleh dibuktikan.
Jadual & venue bertembung
Masalah
Jadual berubah, padang bertembung, ibu bapa tak perasan mesej.
HUXA selesaikan
Kalendar dengan pengesanan konflik venue dan jurulatih, RSVP ibu bapa, notifikasi automatik.
Kesimpulan kuat
Satu kelab. Satu kalendar. Semua orang rujuk perkara yang sama.
Kelab masih tiada identiti profesional
Masalah
Susah nak yakinkan ibu bapa baharu atau penaja.
HUXA selesaikan
Profil kelab awam yang disahkan, feed HUXA CONNECT, dan hab kejohanan awam yang boleh dikongsi.
Kesimpulan kuat
Jangan hanya nampak seperti kelab. Tunjukkan bahawa anda diurus seperti organisasi.
Perkembangan atlet tak terekam
Masalah
Atlet pindah kelab, semua sejarah hilang.
HUXA selesaikan
HUXA Journey: sejarah latihan, kehadiran, maklum balas jurulatih dan pencapaian — milik atlet seumur hidup.
Kesimpulan kuat
Jangan biarkan bertahun-tahun pembangunan atlet hilang tanpa rekod.
Kejohanan diurus guna kertas & grup
Masalah
Kumpulan, keputusan, kedudukan dikira manual dan sering bergaduh.
HUXA selesaikan
Peringkat kumpulan, Cup/Plate/Bowl, bracket, keputusan dan pertikaian — kedudukan dikira automatik dan ada paparan awam.
Kesimpulan kuat
Biarkan manusia urus pertandingan. Biarkan sistem urus pengiraan.
Susah nak cari lawan untuk perlawanan persahabatan
Masalah
Kena WhatsApp kenalan, tunggu reply, banyak peluang friendly hilang.
HUXA selesaikan
Discover kelab disahkan dan permintaan friendly (terima/tolak/kaunter) yang terus jadi acara kalendar.
Kesimpulan kuat
Daripada mencari lawan melalui contact — kepada menemukan lawan melalui network.
Risiko keselamatan kanak-kanak & penipuan
Masalah
Sesiapa boleh dakwa dia wakil kelab. Data kanak-kanak mudah tersebar.
HUXA selesaikan
Pengesahan dokumen, peranan dan kebenaran berlapis, log audit, dan data kanak-kanak tidak dipaparkan awam.
Kesimpulan kuat
Semakin besar kelab, semakin penting siapa boleh melihat dan melakukan apa.
Kos meningkat, admin bertambah
Masalah
Lebih ramai atlet bermakna lebih banyak kerja manual dan kos operasi.
HUXA selesaikan
Semua modul bercakap antara satu sama lain — daftar, pasukan, jadual, kehadiran, yuran, laporan — tanpa kerja berulang.
Kesimpulan kuat
Besarkan jumlah atlet, bukan besarkan kekeliruan operasi.
Privasi mengikut hubungan dan peranan
Siapa boleh melihat setiap profil?
Bersambung bukan bermaksud terbuka kepada semua orang. Setiap paparan bergantung pada hubungan penjaga, tugasan pasukan dan skop pengurusan yang dibenarkan.
Leret jadual ke sisi untuk melihat semua profil.
| Siapa yang melihat | Profil atlet | Profil ibu bapa | Profil jurulatih | Profil kelab |
|---|---|---|---|---|
| Atlet | Profil sendiri, jika akaun dipautkan | Mengikut pautan akaun | Jurulatih pasukan berkaitan | Kelab disertai & profil awam |
| Ibu bapa / penjaga | Anak dengan pautan aktif | Profil sendiri | Jurulatih kelab atau pasukan anak | Kelab anak & profil awam |
| Jurulatih | Atlet mengikut tugasan & kebenaran | Maklumat asas penjaga berkaitan | Sendiri & profil awam jurulatih lain | Kelab berkaitan & profil awam |
| Pengurusan kelab | Mengikut peranan & kebenaran | Maklumat asas dalam direktori | Dengan kebenaran mengurus jurulatih | Profil kelab sendiri |
| Umum | Kad ID bertoken; termasuk tarikh lahir | Tidak dipaparkan | Profil tersenarai; bukan fail sijil | Profil kelab disahkan |
Peranan & modul: akses jurulatih dan pengurusan bergantung pada tugasan serta kebenaran setiap modul. Akses profil tidak memberi akses kewangan.
Paparan awam: Connect/Discover memerlukan log masuk. Dokumen peribadi, kehadiran, penilaian, maklum balas dan kewangan bukan kandungan profil awam.
Pautan kad ID yang sah memaparkan butiran pengenalan terhad, termasuk tarikh lahir—kongsi hanya dengan pihak yang dipercayai. Melihat tidak bermaksud boleh mengubah.
Rumusan untuk kelab / akademi
HUXA membantu anda:
- Kurangkan kerja admin
- Kawal operasi kelab
- Pantau kewangan
- Simpan rekod atlet
- Tingkatkan keyakinan ibu bapa
- Nampak lebih profesional
Tanpa perlu menambah seorang lagi admin apabila kelab semakin besar.
Mula kecil. Nilai sendiri. Kemudian berkembang.
Satu pasukan sudah cukup untuk bermula.
Pilih satu pasukan, import atlet dan hubungkan jurulatih serta ibu bapa. Gunakan HUXA dalam operasi sebenar sebelum mengembangkannya ke seluruh kelab.
- Percubaan 30 hari selepas pengesahan—tiada kad diperlukan
- Bola sepak, bola jaring, badminton, hoki, futsal dan olahraga
- Akses mengikut peranan kelab, cawangan, pasukan dan keluarga
- Mobile-first & dwibahasa (BM / EN)